December 07, 2012

Apakah itu Fizik?



  1. Fizik ialah satu cabang sains yang mengkaji fenomena-fenomena alam di sekeliling kita. 
  2. Fenomena alam ialah kejadian semulajadi yang dapat diperhatikan melalui pelbagai deria manusia. 
  3. Fizik juga banyak mempengaruhi kehidupan harian kita. Sistem komunikasi yang canggih telah membolehkan kita berhubung antara satu sama lain pada bila-bila masa di mana-mana tempat. 
  4. Penyelidikan tentang fenomena-fenomena alam telah mendorong manusia mencipta pelbagai  bahan dan alat yang baru untuk meningkatkan keselesaan kehidupan manusia. Misalnya ciptaan komputer, telefon bimbit, televisyen telah banyak mempengaruhi kehidupan manusia.
  5. Kehidupan harian yang berkaitan dengan fenomena fizik adalah seperti seseorang sukar berjalan di atas lantai yang licin, telefon bimbit boleh berfungsi tanpa wayar, pembesar suara boleh mengeluarkan bunyi yang kuat, manusia akan terpelanting ke hadapan apabila basikal yang ditunggangnya terlanggar halangan.
  6. Pada asasnya, fizik merupakan kajian untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan 'mengapa' dan 'bagaimana' tentang fenomena alam dan kejadian kehidupan harian.
  7. Kebanyakkan fenomena alam dan kejadian kehidupan harian dapat diterangkan dengan konsep fizik.


No comments:

Post a Comment