December 10, 2012

Eksperimen Fizik SPM

Eksperimen merupakan salah satu elemen wajib yang perlu dilaksanakan oleh pelajar untuk memahami konsep-konsep penting dalam Fizik. Perlaksanaan eksperimen juga perlu dilaksanakan bagi memenuhi kehendak kurikulum iaitu Penilaian Kerja Amali (PEKA). Penguasaan eksperimen turut menyumbang kepada peningkatan kefahaman pelajar dalam menjawab soalan berbentuk saintifik yang dinilai dalam kerta 3. Berikut merupakan contoh-contoh eksperimen wajib bagi subjek Fizik di peringkat SPM.


Teknik Menjawab Soalan Fizik SPM

Untuk subjek Fizik SPM, terdapat beberapa teknik dan kaedah yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam menjawab soalan berformat peperiksaan SPM sebenar. Terdapat 3 kertas yang diperuntukkan untuk menguji penguasaan pelajar. Sila klik link berikut untuk maklumat lanjut: 


Teknik Menjawab
Kertas 2
Kertas 3

December 08, 2012

Silibus Fizik SPM

1.0 TINGKATAN 4





2.0 TINGKATAN 5


December 07, 2012

Apakah itu Fizik?



  1. Fizik ialah satu cabang sains yang mengkaji fenomena-fenomena alam di sekeliling kita. 
  2. Fenomena alam ialah kejadian semulajadi yang dapat diperhatikan melalui pelbagai deria manusia. 
  3. Fizik juga banyak mempengaruhi kehidupan harian kita. Sistem komunikasi yang canggih telah membolehkan kita berhubung antara satu sama lain pada bila-bila masa di mana-mana tempat. 
  4. Penyelidikan tentang fenomena-fenomena alam telah mendorong manusia mencipta pelbagai  bahan dan alat yang baru untuk meningkatkan keselesaan kehidupan manusia. Misalnya ciptaan komputer, telefon bimbit, televisyen telah banyak mempengaruhi kehidupan manusia.
  5. Kehidupan harian yang berkaitan dengan fenomena fizik adalah seperti seseorang sukar berjalan di atas lantai yang licin, telefon bimbit boleh berfungsi tanpa wayar, pembesar suara boleh mengeluarkan bunyi yang kuat, manusia akan terpelanting ke hadapan apabila basikal yang ditunggangnya terlanggar halangan.
  6. Pada asasnya, fizik merupakan kajian untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan 'mengapa' dan 'bagaimana' tentang fenomena alam dan kejadian kehidupan harian.
  7. Kebanyakkan fenomena alam dan kejadian kehidupan harian dapat diterangkan dengan konsep fizik.


December 06, 2012

Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini merupakan hari pertama saya menghasilkan blog.
Blog ini dihasilkan sebagai salah satu proses pembelajaran untuk subjek Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan KPT 4033. Diharapkan agar penghasilan blog ini akan memenuhi kehendak penilaian subjek.